JAKARTA: Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi mengulangi gesaan agar semua pihak berkaitan mesti berusaha sedaya upaya memelihara rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear, lapor Agensi Berita ANTARA.
Semasa mempengerusikan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-56 di Jakarta pada Selasa, menteri itu menyatakan bahawa dunia kini menyaksikan tahap risiko penggunaan senjata nuklear yang lebih tinggi berbanding sebarang tempoh dalam sejarah baru-baru ini.
"Tiada senjata yang lebih kuat dan merosakkan daripada senjata nuklear. Dan dengan senjata nuklear, kita hanya satu kesilapan perhitungan daripada kiamat dan malapetaka global," kata Marsudi semasa pertemuan dengan menteri-menteri luar ASEAN.
Menteri Marsudi menyatakan Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) telah menyumbang kepada usaha kolektif dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau ini melalui pelucutan senjata global.
Bagaimanapun, menteri itu turut melahirkan rasa kesal kerana tiada satu pun negara senjata nuklear telah menandatangani protokol Perjanjian SEANWFZ yang ditandatangani oleh negara anggota ASEAN 25 tahun lalu.
Protokol itu sendiri digubal dalam usaha mempelawa lima kuasa nuklear -- China, Rusia, Perancis, United Kingdom, dan Amerika Syarikat -- untuk menyertai usaha merealisasikan Asia Tenggara sebagai rantau yang bebas daripada senjata nuklear.
Namun begitu, menteri itu menegaskan bahawa ASEAN harus terus maju ke hadapan untuk mencapai matlamat berkenaan kerana beliau melihat ancaman tersebut semakin hampir.
"Kita mesti tampil sebagai satu pakatan sebelum negara senjata nuklear. Selepas itu barulah kita boleh menempa laluan yang lebih jelas ke arah rantau yang bebas daripada senjata nuklear," tegasnya.
Pada tahun 1995, semua anggota ASEAN menandatangani Perjanjian SEANWFZ, juga dikenali sebagai Perjanjian Bangkok.
Perjanjian itu mewajibkan negara penandatangannya untuk tidak "membangun, mengeluarkan atau sebaliknya memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear, menempatkan atau mengangkut senjata nuklear, atau menguji atau menggunakan senjata nuklear."
Beberapa negara senjata nuklear telah menyatakan bantahan terhadap pelbagai perkara yang terdapat dalam protokol perjanjian itu. Sementara itu, China telah menyatakan kesediaannya untuk menandatangani protokol berkenaan walaupun tiada tindakan konkrit dilihat setakat ini.
--BERNAMA-ANTARA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Marsudi menegaskan bahawa ASEAN harus terus maju ke hadapan untuk mencapai matlamat berkenaan kerana beliau melihat ancaman tersebut semakin hampir. - Foto Facebook/Setkab RI
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Menteri Luar Indonesia Marsudi gesa solidariti antarabangsa demi keamanan Palestin
Solidariti antarabangsa syarat untuk menamatkan pencerobohan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza dan merealisasikan keamanan di Palestin.
Pelantikan Budi Arie sebagai Menteri Luar Indonesia amalan biasa - Kementerian
Retno sebelum ini pernah dilantik sebagai pemangku Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan.
Indonesia sasar selesaikan tiga segmen sempadan darat dengan Malaysia
Indonesia menyasarkan untuk menyelesaikan tiga segmen sempadan darat dengan Malaysia pada hujung tahun ini selepas 24 tahun rundingan.
Indonesia pindahkan dua keluarga, tiga warganya pilih kekal di Gaza
Tiga individu berkenaan merupakan sukarelawan dari Jawatankuasa Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia dan memilih untuk kekal berada di sana.
Indonesia gesa UNGA siasat serangan Israel ke atas Gaza
Indonesia menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat serangan Israel ke atas Gaza.
Indonesia lantang kritik PBB, mahu majlis kembalikan sifat 'kemanusiaan'
Majlis Keselamatan itu memiliki tanggungjawab besar menjaga perdamaian dunia, namun masih gagal mencapai keputusan di saat korban meningkat.
Menteri Luar Indonesia gariskan aspek kendali isu keselamatan ASEAN
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi pada Isnin menekankan tiga aspek dalam menangani cabaran keselamatan di rantau ASEAN.
Pemerdagangan manusia terus beri cabaran utama - Menteri Luar Indonesia
Indonesia telah mengendalikan lebih 2,800 kes melibatkan rakyatnya yang menjadi mangsa skim sedemikian di negara jiran.
Memastikan rakyat hidup aman antara matlamat ASEAN - Menteri Luar Indonesia
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata satu daripada matlamat ASEAN adalah untuk memastikan penduduk di rantau ini hidup aman.
Asia Tenggara wajib jadi zon bebas senjata nuklear - Marsudi
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi mengulangi gesaan agar semua pihak berkaitan mesti berusaha sedaya upaya memelihara rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear.